Labels

Saturday 28 August 2010

Johnson Brothers Summer Chintz Tea Set - Posting 7 - SOLD

6 x site plates
   RM165

Ini adalah satu set lengkap 18 pieces Johnson Brothers Summer Chintz 'made in England' yang mempunyai corak bunga yang berbeza dengan corak eternal beau.  Mengandungi 6 tea cups, 6 teas saucers, 6 side plates. Semua set ini dalam keadaan amat baik yakni tiada retak, kotoran mahupun serpihan. Harganya ialah RM165 + RM100 untuk kos penghantaran.

Royal Sutherland Tea Set - Posting 6 (SOLD)

Kotoran pada belakang piring seperti yang dimaksudkan
 RM130

Ini adalah satu set 15 pieces Royal Sutherland , Fine Bone China 'made in England' yang mengandungi 4 tea cups, 4 tea saucers, 4 side plates, 1 pinggan biskut, 1 bekas gula dan 1 bekas susu. Semua set ini dalam keadaan baik kecuali salah satu piring mempunyai kesan kotoran kekal di bahagian belakang (rujuk gambar di atas).  Harganya ialah RM130 + RM100 untuk kos penghantaran.

Johnson Brothers Eternal Beau (21 pieces) - Posting 5 - SOLD


 
Ini adalah satu set lengkap 21 pieces Johnson Brothers Eternal Beau 'made in England' yang mengandungi 6 tea cups, 6 tea saucers, 6 side plates, 1 teko, 1 bekas gula dan 1 bekas susu. Semua set ini dalam keadaan amat baik yakni tiada retak, kotoran mahupun serpihan. 

Johnson Brothers Eternal Beau (Posting 4) - SOLD


Ini adalah satu set lengkap 18 pieces Johnson Brothers Eternal Beau 'made in England' yang mengandungi 6 tea cups, 6 tea saucers dan 6 side plates. Semua set ini dalam keadaan amat baik yakni tiada retak, kotoran mahupun serpihan. 

Aynsley Cottage Garden Collectables (Posting 3)

Ketinggian 21cm
 RM195

Ini adalah set hiasan (collectables) 4 pieces Aynsley Cottage Garden. Mempunyai stamp, 'Aynsley Cottege Garden, Fine Bone China, MADE IN ENGLAND'. Semua set ini dalam keadaan amat baik yakni tiada retak, kotoran mahupun serpihan. Harganya ialah RM195 + RM100 untuk kos penghantaran.

Royal Albert Old Country Roses Tea Set (Posting 2) - SOLD

 
 RM375

Ini adalah satu set lengkap 18 pieces Royal Albert Old Country Roses yang mengandungi 6 tea cups, 6 tea saucers dan 6 side plates. Mempunyai Royal Doulton stamp, 'Royal Albert  Bone China, ENGLAND'. Semua set ini dalam keadaan amat baik yakni tiada retak, kotoran mahupun serpihan. Set Royal Albert Old Country Roses 'made in England' ini berbeza dengan 'made in China' ataupun 'made in Indonesia'  dari segi warna mahupun kualiti. Ada dijual di Sogo, KL untuk tujuan perbandingan. Harganya ialah RM375 + RM100 untuk kos penghantaran.

Monday 2 August 2010

Royal Doulton Arcadia Tea Set - Posting 1 (SOLD)



Ini adalah satu set lengkap 18 pieces Royal Doulton Arcadia yang mengandungi 6 tea cups, 6 tea saucers dan 6 side plates. Mempunyai Royal Doulton stamp, 'English fine bone china. Arcadia. H4802. Made in England'. Semua set ini dalam keadaan amat baik yakni tiada retak, kotoran mahupun serpihan. 




VN:F [1.7.1_960]

Pembuka Bicara....

Blog ini diwujudkan khas untuk hanya satu tujuan iaitu untuk menjual barang-barang original "made in England" secara terus dari UK kepada penggemar-penggemar barangan "made in England" di Malaysia.


Mengapa UK?

Saya dan anak-anak ketika ini dan untuk beberapa tahun akan datang menetap di United Kingdom kerana menemani suami melanjutkan pelajaran. Saya mempunyai minat yang amat mendalam terhadap barangan kaca dan ketika ini mempunyai banyak koleksi barangan-barangan "made in England" yang original terutamanya pinggan mangkuk. Sepertimana diketahui, barangan 'made in England' amat berkualiti tinggi dan tidak semua dijual di negara kita selain banyak yang tidak lagi dikeluarkan di negara ini. Ianya mempunyai mempunyai peminatnya yang tersendiri di Malaysia.

Bagaimana urusan jual beli dijalankan?

Pada setiap minggu saya akan update blog ini dengan barangan baru "made in England" seperti pinggan mangkuk, casserole, Queen Anne, souvenir dan sebagainya. Para pembeli hanya perlu email kepada saya di barangUK@gmail.com untuk tempahan barangan yang mereka minati atau boleh komen terus pada blog berkenaan.

Bagaimana urusan penghantaran?

Mudah. Selepas bayaran dimasukkan oleh pembeli ke akaun Maybank saya di Malaysia, saya selanjutnya akan poskan barang-barang berkenaan terus ke rumah anda  melalui jalan laut. ( 5-7 minggu). Kos penghantaran yang tertera di dalam harga jualan telah termasuk kos pembungkusan. Sekiranya ada permintaan untuk urusan pos melalui udara, ianya boleh dipertimbangkan tetapi dimaklumkan bahawa kos penghantarannya agak mahal. Saya akan memastikan barangan berkenaan dibungkus dengan sebaik mungkin untuk penghantaran. Sekiranya berlaku kerosakan kepada barangan berkenaan seperti pecah/serpih selain daripada yang saya maklumkan berkenaan barangan tersebut semasa dalam proses penghantaran, ianya adalah di bawah tanggungjawab pembeli.  


Kualiti Barangan?

Saya memberi jaminan bahawa semua barangan yang diiklankan dalam blog ini adalah yang akan dihantar ke rumah anda dan ianya adalah barangan original dan saya akan memaklumkan jika terdapat sebarang cacat cela seperti sompek, retak dan sebagainya kepada barangan berkenaan. Tiada barangan tiruan dari China yang akan dijual dan saya bertanggungjawab penuh ke atas perkara ini. 

Terus terang saya maklumkan lebih awal bahawa barangan yang dijual oleh saya adalah barangan terpakai (second hand) ataupun barangan baru tetapi 'second kualiti' yang saya beli terus dari kilang -kilang di UK. "Second kualiti" adalah barangan reject atas sebab-sebab yang sangat kecil. Saya cuba sedaya upaya memastikan barangan yang dijual dalam keadaan baik. Akan tetapi tuan/puan tidak boleh menganggap barangan yang diterima adalah seperti barangan baru sepenuhnya kerana harga yang saya jual amat jauh lebih rendah berbanding dengan harga barangan baru walaupun keadaan barangan tidak ada banyak berbeza dengan yang baru.


Salam perkenalan.




Sekian, terima kasih.

Kak Zie
barangUK@gmail.com